Ruang Import

Updated on Julai 8, 2025
PerkaraDefinisi
Nombor Rujukan TugasanNombor unik yang digunakan untuk menggabungkan beberapa baris menjadi satu tugasan.

Jika dibiarkan kosong, sistem akan menjana nombor tugasan secara automatik.

Jika anda memasukkan nombor rujukan yang sama dan menetapkan ‘P’ pada Jenis Hentian (Stop Type), dua baris tersebut akan digabungkan sebagai satu tugasan.
Jenis HentianTandakan sebagai ‘P’ jika tugasan melibatkan dua lokasi hentian. ‘P’ menandakan baris tersebut adalah lokasi pengambilan (Pick-up Point).
Nombor HentianMenggabungkan beberapa baris menjadi satu hentian, sekiranya terdapat beberapa item di lokasi yang sama.
Nama PemanduNyatakan nama pemandu yang akan ditugaskan untuk menjalankan tugasan ini. (Pemandu tersebut mesti telah didaftarkan dalam sistem terlebih dahulu untuk memastikan fungsi ini berfungsi.)
Nama LaluanNyatakan nama laluan untuk tugasan ini. (Laluan tersebut mesti telah dicipta terlebih dahulu supaya boleh berfungsi.)
Tarikh Penghantaran Dijadualkan dan Masa Mula DibenarkanMasukkan tarikh dan masa penghantaran yang dijadualkan untuk tugasan anda.

Format: yyyy-mm-dd hh:mm
KeutamaanBoleh menetapkan tahap keutamaan untuk tugasan.

Format: regular (secara asal jika dibiarkan kosong), high (tinggi), low (rendah)
Label TugasanNyatakan label untuk tugasan ini. (Label mesti telah dicipta terlebih dahulu supaya boleh berfungsi).
Keperluan KhasNyatakan keperluan khas untuk tugasan ini. (Keperluan khas mesti telah dicipta terlebih dahulu supaya boleh berfungsi.)
ID PelangganID Pelanggan yang sah sudah memadai untuk mencipta tugasan satu-lokasi dengan nombor tugasan yang dijana oleh sistem.

Sistem akan mengambil semua maklumat pelanggan berdasarkan rekod ID Pelanggan yang sedia ada.

Anda boleh mendapatkan nombor ini melalui:
Aplikasi web > Buku Alamat > Pilih Alamat > Sudut kanan atas
Nama Pelanggan (Customer Name)Nyatakan nama pelanggan untuk tugasan anda.
Kod Negara Telefon (Phone Country Code)Kod negara untuk nombor telefon
Nombor Telefon (Phone)Nyatakan nombor telefon pelanggan.
E-melNyatakan alamat emel pelanggan.
GPSMasukkan koordinat GPS yang sah untuk alamat pelanggan. (Anda tidak perlu isi ruangan ini jika Address Line 1 telah dinyatakan.)
LatLatitud bagi lokasi tugasan.
LngLongitud bagi lokasi tugasan
Kod Negara (Country Code)Masukkan singkatan kod negara untuk memastikan pemetaan lokasi yang tepat. Contoh: SG, MY, ZA
Baris Alamat 1 (Address Line 1)Baris Alamat 1 akan digunakan untuk mendapatkan lokasi geografi (geolokasi).

Walaupun biasanya ia sudah mencukupi untuk menghasilkan geolokasi yang sah, digalakkan anda juga memasukkan Kod Negara yang sah sebab alamat yang sama mungkin wujud di beberapa negara berbeza.
Baris Alamat 2 (Address Line 2)Maklumat alamat tambahan, contohnya seperti nama bangunan atau nombor unit.
BandarMasukkan nama bandar bagi lokasi tersebut.
NegeriMasukkan nama negeri bagi lokasi tersebut.
PoskodMasukkan poskod bagi lokasi tersebut.
NotaSebarang maklumat tambahan untuk dimaklumkan kepada pemandu.
Masa Ketibaan DijadualkanTetapkan masa ketibaan tertentu atau julat masa sekiranya perlu, untuk memaklumkan pemandu tentang jangkaan ketibaan atau menjejak kelewatan tugasan.

Contoh:
Satu Masa: 8:30 AM
Julat masa: 8:30 AM, 9:40 AM (dipisahkan dengan koma)
Tempoh DijadualkanBerapa lama tugasan dijangka akan diambil di setiap hentian. Tetapan asal ialah 5 minit.
Tugasan HentianNilai ini mewakili tugasan yang perlu diselesaikan di setiap hentian mengikut turutan:
1. Tandatangan
2. Bukti Penghantaran (POD)
4. Nota
Jenis ItemNyatakan salah satu daripada tiga jenis item berikut: Pakej (Package), Orang (Person) atau Perkhidmatan (Service)
Nama ItemNyatakan nama item tersebut
Kuantiti ItemNyatakan bilangan item tersebut.
Berat ItemNyatakan berat item tersebut.
Unit Berat ItemTentukan unit ukuran berat. Contoh: kg atau lb.
Dimensi ItemNyatakan Panjang, Lebar dan Tinggi item.
Unit Dimensi ItemTentukan unit ukuran dimensi. Contoh: cm atau inci.
Kod PenjejakanNyatakan nombor Kod Penjejakan.
SKUNyatakan Kod SKU
UPCNyatakan Kod UPC
Tugasan itemNilai ini mewakili satu siri tugasan item secara berurutan:
1. Tandatangan
2. Bukti Penghantaran (POD)
3. Imbas untuk lampirkan
4. Nota
Adakah artikel ini membantu?