Pengguna boleh menyesuaikan tetapan fungsi Pengoptimuman.
- Pilih antara Asal (Default) atau Tersuai (Custom).
- Dalam mod Tersuai, pengguna boleh melaraskan pelbagai pilihan berikut:
- Keutamaan Pengoptimuman Laluan (Routing Optimisation Priority): Tentukan sama ada pengoptimuman perlu mengutamakan jarak atau masa perjalanan.
- Kelajuan Trafik Simulasi (Simulated Traffic Speed): Pilih sama ada keadaan trafik adalah perlahan atau laju bagi menambah ketepatan anggaran masa ketibaan (ETA).
- Kerja Lebih Masa atau Kelewatan (Overtime or Lateness): Jika diaktifkan, sistem boleh menetapkan tugasan di luar waktu syif pemandu untuk lebih fleksibiliti. Mengaktifkan Kelewatan Perhentian (Stops Lateness) membenarkan sistem memasukkan tugasan yang mungkin lewat demi mengambil laluan paling cekap.
- Penggunaan Kenderaan (Fleet Utilisation): Tetapkan sama ada pengoptimuman harus mengurangkan bilangan kenderaan digunakan, atau menugaskan tugasan supaya beban kerja pemandu lebih seimbang.
- Lain-lain (Others): Jika terdapat beberapa tugasan di lokasi yang sama, sistem akan mengurangkan masa yang diperuntukkan secara automatik.