Fungsi Optimumkan membolehkan pengguna menyusun semula susunan tugasan dalam satu laluan atau beberapa laluan secara automatik untuk meningkatkan kecekapan operasi.
Pengoptimuman untuk Satu Laluan (Single Route Optimisation):
- Pilih satu laluan yang ingin dioptimumkan.
- Klik “Optimumkan (Optimise)".

Pengoptimuman untuk Pelbagai Laluan:
- Pilih beberapa tugasan daripada panel tugasan.
- Klik “Optimumkan (Optimise)".
- Di sini, anda boleh memilih beberapa pemandu untuk membolehkan sistem menentukan pemandu yang paling sesuai untuk menyiapkan tugasan tersebut. Anda juga boleh mengurus cara tugasan ditugaskan kepada pemandu melalui Tetapan Pengoptimuman (Optimisation Settings).
- Setelah memilih pemandu yang ingin ditugaskan, klik semula “Optimumkan (Optimise)” untuk melaksanakan proses.
